Kelas bimbingan mualaf ANSAR adalah aktiviti utama ANSAR dalam membimbing dan menyantuni mualaf. Antara teras yang diajarkan dalam kelas adalah mengaji Iqra’ dan Al-Quran, hadith, akidah dan akhlak. Kelas dijalankan melalui dua kaedah iaitu, kelas secara bersemuka dan kelas secara atas talian. Bagi kelas fizikal, kelas berlangsung setiap hari khamis malam, di Pusat Kemasyarakatan Muslimin Kuching. Manakala, kelas secara atas talian juga berjalan setiap minggu mengikut waktu kelapangan pembimbing dan murid.
Pendaftaran kelas bimbingan mualaf ANSAR : https://forms.gle/a36QJrGEKJ7b1Xaq9

