Kunjungan Hormat ke YADIM

10 Oktober 2023 – Persatuan Saudara Muslim Sarawak(ANSAR) yang diwakili En. Mohammed Rasheedan Bin Ellin, Pengerusi ANSAR dan Cik Fazmawati Binti Othman, Pegawai operasi ANSAR bersama rakan strategik En Hafeez Bin Morni, Pengurus Yayasan Ikhlas Sarawak membuat kunjungan hormat ke atas Yadim Negeri Sarawak 

Kunjungan ini adalah untuk membina hubungan antara ANSAR dan YADIM sekaligus ingin menimba ilmu dan pengalaman daripada YADIM.

Dalam kunjungan ini juga, En Rasheedan Bin Ellin sempat memperkenalkan ANSAR. Sebagai NGO dakwah yang baru, masih banyak memerlukan tunjuk ajar terutama daripada agensi-agensi dakwah di Sarawak seperti YADIM. 

Kunjungan selama 2 jam ini disertai oleh YBhg Ustaz Awang Dulhadi bin Awang Mat, Pengarah YADIM Negeri Sarawak bersama beberapa orang pegawai YADIM.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada YADIM Negeri Sarawak kerana sudi menerima kunjungan dari ANSAR. 

Semoga kunjungan hormat ini dapat menjalinkan kerjasama yang lebih pro aktif antara ANSAR dan YADIM sekaligus dapat merapatkan lagi hubungan ukhuwah.

#Anjungansar

Scroll to Top